Followers

LATAR BELAKANG

             Asrama SSN SMK Tun Hussein Onn Kluang mula dibina pada tahun 1989 yang mana jaraknya kurang 1.5km dari Bandar Kluang. Asrama ini telah siap sepenuhnya dalam tahun 1990 dan mula menjalankan operasi sepenuhnya pada Januari 1992, diletakkan di bawah naungan pentadbiran SMK Tun Hussein Onn, Kluang, Johor. Asrama ini mengandungi dua blok bangunan iaitu 9 buah dorm puteri dan 6 buah dorm putera. Kedua-dua bangunan ini mampu menampung penghuni seramai 200 orang. Pada tahun 2008 penambahan blok bangunan baru tiga tingkat asrama puteri telah dibina bagi menampung pelajar-pelajar aliran sukan di mana asrama ini dijangka akan menjadi asrama sukan sepenuhnya pada 2013.  Asrama kini lebih dikenali sebagai Sekolah Sukan Negeri di daerah Kluang.

Pada tahun 1992 Asrama ini dijadikan asrama pusat, dan pada tahun 1997  sebahagian besar daripada mereka adalah para pelajar yang ditawarkan memasuki Rancangan Khas Agama (KAA)  hingga kini. Mulai tahun 2002 pelajar dari kelas Sukan telah mula ditempatkan di asrama ini. Dari segi kemudahan tempat tinggal, adalah memuaskan dan selesa kerana pihak asrama menyediakan kemudahan-kemudahan tempat tinggal, bilik belajar, mesin basuh, P.A Sistem, Surau, bilik rehat, perpustakaan, balai pelawat, balai bacaan dan taman-taman di sekitar asrama yang menggalakkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar.

Asrama SMK Tun Hussein Onn mempunyai 4 orang warden, dua orang penyelia, empat orang pekerja swasta dan dua orang pengawal keselamatan.

Asrama ini juga telah banyak melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum yang kini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan ke Universiti.